Khamis, 14 Februari 2019

APA ITU DADAH?

 Dadah

Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’
Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Dadah juga boleh menghilangkan fikiran. Dadah boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau Dadahmm

isma dari segi fizikal atau mental.

Jenis – jenis dadah

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)

2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)

3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)

4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)

5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)

JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI

1.      Morfin

images (17)
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

2.      Ganja







Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

3.      Kokain

download (9)
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan . Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu terganggu .Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku madalah dalam diri atau masyarakat dan sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang berbahaya .

 Faktor Faktor Penyalahgunaan Dadah

Kurang didikan agama oleh ibu bapa

 Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.
 Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh .

Pengaruh rakan sebaya

 Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.
Pemberontakan diri
 Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu autoriti .
 Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .


Gangguan Emosi
 Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.

Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka


 Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.

 Bak kata pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ,bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan memberikan didikan yang sempurna .

Langkah Langkah Mengatasi Masalah Peyalahgunaan Dadah

 


1)Kempen

~kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
~Aktiviti dilangsungkan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu keberkesanannya
~harus melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran para penjual dadah.

2)Gaya hidup yang sihat

~Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
~berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan ( elak pengambilan dadah)
~melakukan senaman ringan
~menyertai program bermanfaat pada masa lapang. (contoh: mengadakan kumpulan
perbincangan)
~sentiasa berfikiran positif
~menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing

3)Pendidikan

~Sekolah(program 5 minit antidadah)
~Skim Lencana Antidadah
~Ceramah dan Pameran antidadah
~Kaunseling kelompok dan individu
~Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
~Program Motivasi

4)Media masa

~Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelunggu oleh dadah dipaparkan di
majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.
~Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,
PENGASIH)
~Menarik minat penonton dengan menyelitkan hiburan agar mesej dapat disampaikan dengan
jelas

Kesan Negatif Dadah

1.      Tubuh badan yang sihatt menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

2.      Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka

3.      Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.

4.      Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)

5.      Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.

6.      Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7.      Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.

8.      Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.

9.      Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

MAKSUD D.A.R.V.I.H

D - DADAH

Dadah merupakan sejenis bahan yang merbahaya dan mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi serta tingkahlaku pengguna seperti ketagihan dan terus bergantung hidup kepadanya.

A - ALKOHOL

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang boleh memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan gangguan tingkahlaku yang tidak stabil seperti mabuk, kemurungan, agresif dan bercelaru.

R - ROKOK

Rokok adalah silinder dari kertas yang mengandungi bahan busa serabut sintetik dannikotin yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan kanser paru-paru.

V - VAPE

Vape atau rokok elektrik adalah salah satu jenis dari penghantar nikotin elektronik. Rokok elektrik dirancang untuk membantu pecandu rokok tembakau mulai berhenti merokok. Rokok elektrik bekerja dengan cara memanaskan cairan yang ada dalam tabung dan kemudian menghasilkan wap seperti asap yang umumnya mengandung berbagai zat kimia. Pengguna menghisap zat kimia ini terus dari corongnya.

I - INHALAN

Inhalan merupakan bahan kimia psikoaktif yang terhasil daripada pelarut organik, aerosol, pelekat deodoran, pemetik api, cat yang boleh menyebabkan kematian sel otak dan cacat akal.

H - HIV

HIV merupakan virus yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2019

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2019

Selamat datang ke blog PPDa SKPA2
Gerbang Informasi berkenaan Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV (D.A.R.V.I.H)

Jumaat, 11 September 2015

EN HAFIZAL HAMAD (ASTRO ARENA) IKON PPDa SKPA2

Ikon Belia Benci Dadah PPDa SKPA2 En Hafizal Hamad - Personaliti TV - Pengacara Sukan Astro Arena

Beliau telah berbesar hati berkunjung ke SK Puncak Alam (2) dan dilantik sebagai Ikon Belia Benci Dadah PPDa sekolah ini. Banyak ucapan beliau menjurus kepada motivasi diri agar murid-murid membenci dadah dan sekutunya. Beliau juga memberikan nasihat agar menghormati diri sendiri, ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya, mencari rakan yang dapat membawa ke arah kebaikan.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Jumaat, 3 April 2015

Isnin, 30 Mac 2015

MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH DAN KAPSUL MASA

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Irmohizam, Ahli Parlimen Kuala Selangor pada 30 Mac 2015