PENGENALAN

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Matlamat program ini dijalankan di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibubapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah 2015’. Sehubungan dengan itu, pada 27 Februari 2011, Dato’ Irmohizam Ibrahim telah merasmikan Bilik Sumber PPDa sekaligus melancarkan slogan “Sekolah Bebas Dadah 2015” dan menanam Kapsul Masa dan dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2015 nanti.

            Pada tahun 2011, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengarahkan pihak Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2) untuk membina Bilik Sumber PPDa sebagai penanda aras di peringkat Daerah Kuala Selangor seterusnya menjadi wakil dalam pertandingan Bilik Sumber dan Lorong/Sudut Dadah peringkat Negeri Selangor. Pada tahun 2012 dan 2013 Sekolah Puncak Alam 2 telah berjaya menduduki tempat ketiga dua tahun berturut-turut di peringkat Negeri Selangor. Pada tahun ini, sekolah ini dicalonkan lagi untuk bertanding di peringkat negeri. Diharap pada tahun ini dapat mencapai lebih kejayaan dan mampu merangkul tempat pertama dan layak untuk ke peringkat kebangsaan. Penglibatan semua murid pihak termasuk agensi-agensi luar yang berkaitan amat dialu-alukan demi menyebar luaskan maklumat unit init kearah kumpulan sasaran.